HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU BALAS JASA KALIAN
Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana sentiasa prihatin dengan nasib rakyat Kelantan terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan banjir.
MAIS menerusi Skuad Prihatin Institusi Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Misi Bantuan Banjir telah menyumbangkan bantuan bekalan makanan dan keperluan lain berjumlah RM348,000.
Sesi penyerahan bantuan kepada Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK telah diadakan di Masjid Jamek Sultan Mansor Kampung Sireh, Kota Bharu dan turut dihadiri Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.
Serahan telah dilakukan oleh Yang Berusaha Encik Zaharudin bin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS bersama Yang Berusaha Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan ( YIDE ).
Bantuan ini adalah hasil sumbangan daripada agensi dan anak syarikat di bawah MAIS antaranya Baitulmal MAIS, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi (JAIS) melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI).
Sumbangan ini akan diagihkan oleh pihak mereka sendiri dari rumah ke rumah untuk penduduk yang terjejas banjir di Kampung Telok Jering dan Kajang Sebidang, Tumpat.
Bukan setakat itu, mereka turut menyediakan 100 orang sukarelawan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di sekolah terjejas akibat banjir.
Hanya ALLAH SWT yang dapat menbalas jasa baik kalian semua.