faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SAMBUT SUMBANGAN ZAKAT DENGAN AIR MATA

Seorang ibu yang kehilangan kaki kiri, hanya mampu menitiskan air mata sebagai tanda terkejut dan syukur ketika menerima kunjungan daripada MAIK hari ini, dikala dia ditimpa ujian amat berat dalam hidupnya. Kaki kiri Kak Noni yang berusia 46 tahun dipotong sehingga paras lutut akibat kencing manis.

Patutpun, kesedihan Kak Noni juga tidak mampu disembunyikan lagi kepada kami, kerana dia buntu memikirkan tentang keadaan kewangan keluarga yang terpaksa berbelanja lebih RM2,000 sebulan untuk kos lampin pakai buang, ulang-alik selang sehari bagi mencuci luka di hospital dan juga perbelanjaan 3 anak masih belajar. Suami yang bekerja sebagai buruh dengan gaji tidak menentu sekitar RM1,000 juga membantu dan dia turut mendapat bantuan JKM, tapi masih belum mencukupi. Terlalu banyak berfikir dia juga mengalami darah tinggi.

Air mata Kak Noni Fariza binti Mohd Noor, ibu kepada tujuh anak itu luruh apabila kami memberitahu yang MAIK akan menampung perbelanjaan perubatannya dan dia juga tidak perlu bimbang kerana kami turut memberikan Bantuan Tetap Bulanan sebanyak RM1,000. Pada hari ini juga kami sampaikan Bantuan Perubatan berjumlah RM3,000 dan juga bekalan makanan.

Berita menggembirakan Kak Noni itu disampaikan sendiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK hari ini ketika menziarahinya di rumahnya di Kampung Padang Merbau, Melor. Turut sama ialah, Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Dalam nada sedih dan mata masih basah dengan air mata, Kak Noni mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dia tahu yang bantuan diterimanya hari ini adalah daripada pembayar zakat MAIK. Ujarnya, hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa pembayar zakat sekalian.

Lihatlah betapa bermaknanya wang zakat anda sekalian. Bagaimana insan yang memerlukan amat mengharapkan dan menghargai pemberian kalian. Kami doakan semoga ALLAH SWT kurniakan ganjaran yang terbaik kepada semua pembayar zakat MAIK.

#MAIK2024

#Sentiasainginberbakti

#terimakasihpembayarzakat


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini0
Kelmarin4195
Minggu Ini22729
Bulan Ini94764
Jumlah Pengunjung31550086