faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JUTAAN PENGHARGAAN BUAT PEMBAYAR ZAKAT KAMI

Sebagai penghargaan, buat julung kalinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengadakan Majlis Iftar dan Apresiasi Pembayar Zakat Bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua MAIK di Perdana Kota Bharu.

Ia diadakan sebagai tanda terima kasih khususnya kepada pembayar zakat MAIK atas harta yang diinfaqkan kepada kami dengan berjaya mencatatkan kutipan zakat melebihi RM296 juta.

Majlis berkenaan telah dihadiri 100 orang pembayar Zakat yang membuat bayaran berjumlah RM100 ribu ke atas dan menetap di sekitar Kelantan.

Pada malam tadi juga para pembayar zakat diberikan keistimewaan untuk menyampaikan sendiri Bantuan Hari Raya berbentuk wang tunai dan bakul makanan kepada 30 asnaf terpilih sekitar Kota Bharu yang dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa di hotel.

Majlis turut dihadiri Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK) dan Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan).

Yang Berhormat Mulia Tengku turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembayar zakat yang melunaskan tanggungjawab berzakat bersama MAIK.

Kami doakan para pembayar zakat MAIK dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, perniagaan yang bertambah keuntungan dan harta yang berkat serta dipermudahkan Allah SWT untuk terus membayar zakat pada tahun ini dengan jumlah lebih tinggi. Seterusnya dapat membantu lebih ramai asnaf khususnya di Kelantan. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Pembayar Zakat, Andalah Hero Sebenar Asnaf

#MAIK2025

#ZAKATMAIK

#TerimaKasihPembayarZakatMAIK

#SentiasaInginBerbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini279
Kelmarin4120
Minggu Ini28776
Bulan Ini8093
Jumlah Pengunjung39004231