faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LEBIH RM 5 JUTA DISALURKAN KEPADA BADAN PERTUBUHAN DAN AGENSI BAGI TAHUN 2025

Keutuhan kerjasama yang terjalin antara MAIK dengan badan pertubuhan dan agensi antara salah satu kekuatan kepada kami dalam membantu mereka yang memerlukan di negeri ini.

Tidak dapat dinafikan kumpulan ini memainkan peranan penting untuk menjadi rakan strategik MAIK dalam menyampaikan perkhidmatan kepada asnaf secara holistik.

Oleh itu, pihak MAIK turut menyalurkan sumbangan bagi menganjurkan aktiviti atau program yang memberi manfaat kepada mereka yang dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah.

Pada hari ini, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK telah menyampaikan sumbangan geran tahunan bagi tahun 2025 kepada badan pertubuhan dan agensi sempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024 di Hotel Perdana.

Pada tahun 2025, pihak MAIK memperuntukan sebanyak RM5,740,000.00 yang disalurkan kepada 21 badan pertubuhan dan agensi terpilih di seluruh negeri Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan (RM 2,500,000.00)

Yayasan Islam Kelantan (RM 2,000,000.00)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (RM 200,000.00)

Institut Dakwah Islamiah Perkim (RM 180,000.00)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (RM 120,000.00

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (RM 100,000.00)

Persatuan Kebajikan Islam Saudara Baru Kelantan (RM 100,000.00)

Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma (RM 80,000.00)

Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (RM 80,000.00)

Persatuan Cina Muslim Malaysia (RM 50,000.00)

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (RM 50,000.00)

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (RM 50,000.00)

Persatuan Muslim India Kelantan (RM 40,000.00)

Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (RM 40,000.00)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Wanita Perkim Kelantan (RM 40,000.00)

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Kelantan (RM 20,000.00)

Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (RM 20,000.00)

Persatuan Generasiku Sayam (RM 20,000.00)

Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Sepastik (RM 20,000.00)

Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan (RM 20,000.00)

Persatuan Pengasih Malaysia Cawangan Kelantan ( RM 20,000.00)

#MAIK2025

#ZakatMAIK

#terimakasihpembayarzakatmaik

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1954
Kelmarin6283
Minggu Ini36968
Bulan Ini89175
Jumlah Pengunjung37654895