faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK SALUR INSENTIF RM500 RIBU KEPADA HUFFAZ

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memperuntukan hampir RM 500 ribu bagi melaksanakan Program Insentif Huffaz Al-Quran MAIK bagi tahun 2025.

Program ini diperkenalkan dan dilaksanakan oleh MAIK bagi mengiktiraf dan menghargai bakat, keupayaan serta kebolehan para penghafaz al-Quran di negeri Kelantan.

Bukan itu sahaja, ia juga dilaksanakan bagi memartabatkan penghafaz al-Quran di negeri Kelantan selain sebagai galakan serta dorongan kepada penghafal al-Quran menjaga hafazan 30 juzuk al-Quran.

Peruntukan tersebut turut melibatkan bayaran insentif sebanyak RM600 sebulan dan diberikan selama satu tahun.

Mereka yang menghafaz 30 juzuk al-Quran berumur 18 hingga 45 tahun dan merupakan anak jati Kelantan serta menetap di negeri ini adalah layak untuk memohon.

Pada hari ini, mereka yang layak menerima insentif masing-masing yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK pada Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024 di Hotel Perdana.

Majlis hari ini turut dihadiri, Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri), Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), ang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Perwira Raja, Dato’ Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan, Penglola Istana D’Raja Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (Ahli Majlis MAIK), Yang Berbahagia Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz@ Juned (Ahli Majlis MAIK), Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK), Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman (Pengarah Yayasan Islam Kelantan) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Kadir bin Haji Muhammad (Ahli Jemaah Ulama MAIK).

Pihak MAIK telah membuka permohonan pada penghujung tahun lalu dan menerima 203 orang pencalonan. Daripada jumlah tersebut seramai 55 orang peserta diterima daripada peserta yang memperoleh markah tertinggi.

Daripada jumlah tersebut, seramai 7 orang peserta memperoleh markah 100 peratus yang diperakui oleh panel penilai tiada sebarang kesilapan bacaan semasa menjawab soalan.

Peserta yang berjaya ini akan dinilai kali kedua yang dijangkan akan diadakan pada bulan Jun 2025.

Mereka yang layak ini akan berkhidmat sebagai pembimbing kepada program mengulang hafazan al-Quran yang akan diadakan di masjid-masjid atau tempat yang bersesuaian.

Ia adalah satu program berbentuk khidmat kepada masyarakat sekitar yang akan mewujudkan dan merancakkan budaya menghafaz al-Quran di dalam masyarakat di Negeri Kelantan.

#MAIK2025

#sentiasainginberbakti

#terimakasihpembayarzakatmaik

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3443
Kelmarin6283
Minggu Ini38457
Bulan Ini90664
Jumlah Pengunjung37656384