faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK PERUNTUK RM3.5 JUTA UNTUK BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2024

Sesi persekolahan bakal bermula dan berita menggembirakan ibu bapa serta anak-anak nanti apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memperuntukkan sebanyak

RM3.5 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024.

Bantuan ini bakal dimanfaatkan seramai 23,896 pelajar dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang melibatkan 9,064 ketua isi rumah. Pada tahun 2023, pihak MAIK telah mengagihkan sebanyak RM2.5 juta.

Pada hari ini, 2 Mac 2024 bersamaan 21 Syaaban 1445 Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK telah merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 yang diadakan di Masjid Kamil Hassan, Pendek, Kota Bharu.

Hadir sama, Yang Berusaha, Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Pada majlis ini seramai 150 pelajar bagi Masjid Mukim Zon Kampung Sireh, Kota Bharu yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM22,500 telah menerima bantuan berkenaan.

Bantuan Awal Persekolahan MAIK ini adalah salah satu skim bantuan diuruskan oleh Unit Agihan Zakat MAIK yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pada peringkat permulaan pelaksanaannya, bantuan ini dimasukkan ke akaun ibu bapa dan setiap pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM150 seorang.

Bermula sesi persekolahan tahun 2019 dan 2020, MAIK telah membuat penambahbaikan dengan menukar kaedah agihan iaitu menyediakan pakaian dan peralatan persekolahan.

Pelajar dibekalkan dengan seragam sekolah lengkap, beg, kasut, stokin dan alat tulis yang bernilai RM150.

Bermula tahun 2021 sehingga tahun 2024, Bantuan Awal Persekolahan MAIK ini telah ditambahbaik sekali lagi dengan pemberian wang tunai sahaja sebanyak RM150 untuk seorang pelajar.

Kadar Bantuan :

  1. Seorang ( Menerima RM150)
  2. Dua Orang (Menerima RM300)
  3. Tiga Orang (Menerima RM450)
  4. Empat Orang & Ke Atas (Menerima RM500)

Pada hari ini juga Yang Berhormat Mulia turut menyerahkan replika cek kepada Imam-Imam Masjid Bandar dan Jajahan untuk agihan bantuan persekolahan menerusi masjid-masjid mukim yang akan diagihkan secara berperingkat di Kawasan masing-masing.

Semoga bantuan yang diberikan ini dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan persekolahan dan anak-anak mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan penuh keceriaan.

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini454
Kelmarin3481
Minggu Ini15756
Bulan Ini44475
Jumlah Pengunjung27510918