MAIK SEGERAKAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PASIR PUTEH
Setelah selesai uruskan bantuan di Majlis Daerah Tumpat hari ini, pihak MAIK bergegas siapkan barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Jajahan Pasir Puteh. Kami bekalkan barangan keperluan harian termasuk selimut, berus dan ubat gigi, lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan tuala.
Barangan ini diserahkan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK kepada Pusat Kawalan Operasi Banjir Pasir Puteh yang diwakili Yang Berusaha Encik Nassrul Syamim bin Mohd Yusoff, Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh di pekarangan pejabat MAIK.
Semoga bantuan segera ini dapat membantu melegakan mangsa-mangsa banjir di sekitar Pasir Puteh.