SEMOGA BANTUAN SEGERA MAIK LEGAKAN MANGSA BANJIR DI BACHOK
MAIK meneruskan misi menghulurkan bantuan banjir dan hari ini kami serahkan sumbangan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat.
Sebagaimana yang dimohon, pihak MAIK telah sediakan keperluan harian dan juga beberapa barangan lain seperti tuala, selimut, susu bayi, termasuk makanan.
Bantuan diserahkan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK kepada Yang Amat Berusaha Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Bachok.
Hadir sama, Yang Berusaha Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan Yang Berusaha Masleza binti Muhammad, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan).