faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TERIMA ANUGERAH PEMENANG PERSEMBAHAN TERBAIK KIK 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mendapat penghargaan sempena Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023.

Pihak MAIK telah dianugerahkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik untuk kategori KIK Horizon Baharu dengan tajuk Kaunter Baitulmal.

Hadiah disampaikan oleh YB. Dato’ Kaya Setia, Dato Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada YBrs. Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK yang mewakili YBrs. Tuan Setiausaha MAIK dalam satu majlis di Dewan Teratai, Kompleks Islam Kota Darul Naim pada 14 Februari 2024.

Hadir sama YBrs. Cik Rosmiza binti Kasim, Penolong Pegawai Komunikasi Korporat MAIK bersama YBrs. Puan Asma binti Mat Salleh, Penolong Pegawai Agihan Zakat, MAIK.

Kejayaan ini amat bermakna buat kami, kerana ini adalah kali pertama MAIK menyertai pertandingan Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) dan Alhamdulillah ia telah membawa kejayaan yang dianggap sebagai pembakar semangat kepada agensi untuk terus membudayakan inovasi.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sehingga kami dapat menikmati kejayaan ini.

#MAIK2024

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2285
Kelmarin3481
Minggu Ini17587
Bulan Ini46306
Jumlah Pengunjung27512749