faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TEMUDUGA KEMASUKAN KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM MAIK

Rumah Kebajikan Darul Aitam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima seramai 30 calon yang memohon untuk kemasukan tahun 2024 iaitu terdiri daripada 18 putera dan 9 puteri.

Bagi melayakkan mereka menjadi sebahagian daripada warga Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK, satu sesi temuduga telah diadakan pada 13 Februari 2024 di Bilik Mesyuarat Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji.

Panel pemilihan calon adalah terdiri daripada Yang Berusaha, Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Yang Setia Mejar (B) Mohd Noor bin Hussain, Biro Disiplin,   Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus KIJPSIP,  Yang Mulia Tuan Zahira binti Tuan Ismail, Pegawai Pematuhan, MAIK bersama Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK.

Sesi temuduga turut melibatkan Pembantu Kanan Darul Aitam bersama Penyelia Asrama Putera dan Puteri Darul Aitam MAIK.

#MAIK2024

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2538
Kelmarin3481
Minggu Ini17840
Bulan Ini46559
Jumlah Pengunjung27513002