faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENAZIRAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ) BAGI SESI PENGAJIAN NOVEMBER HINGGA MAC 2025

Panel Penaziran Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Penaziran Akademik bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat bagi sesi pengajian November - Mac 2025 di Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (DQ MAIK). Penaziran siri pertama bagi tahun ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Lutfi bin Jamel dan Al-Fadhil Ustaz Ilham bin Che Daud @ Zakaria yang diadakan di Bilik Mesyuarat DQ MAIK.

Pelaksanaan penaziran ini bertujuan untuk memantau dan memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan di Loaksi Tambahan Darul Quran (LTDQ) mematuhi proforma disediakan oleh pihak Darul Quran JAKIM yang merangkumi bilangan minggu pengajian, isi kandungan kursus, kitab-kitab rujukan, penggunaan borang-borang yang telah ditetapkan serta ujian, tugasan dan penyediaan markah penilaian berterusan.

Selain itu, ia dilaksanakan bagi memastikan kelayakan pelajar menduduki peperiksaan akhir bagi setiap kursus seperti pencapaian sukatan Hifz al-Quran Syafawi dan Tahriri, pematuhan minimum jumlah kehadiran ke kelas pengajian dan tugasan-tugasan bagi setiap kursus.

Pada akhir sesi penaziran, panel menyatakan secara umumnya pihak LTDQ telah mematuhi Proses PdP sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Darul Quran, namun menyarankan agar pihak LTDQ menyelesaikan pelaksanaan penilaian berterusan yang masih berlangsung sebelum berakhir sesi pengajian ini. Hasil penaziran adalah dilaporkan secara lisan dan akan disusuli dengan laporan rasmi secara bertulis.




Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2969
Kelmarin7356
Minggu Ini23652
Bulan Ini2969
Jumlah Pengunjung38999107