
SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT BERKENAAN HALA TUJU DARUL QURAN MAIK
Pihak Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (DQ MAIK) telah mengadakan Sesi Perbincangan Meja Bulat Berkenaan Hala Tuju Darul Quran MAIK bersama Ahli Jawatankuasa Majlis – Pendidikan, MAIK yang di Renai Hotel, Kota Bharu pada 22 hingga 23 Februari 2025.
Sesi perbincangan meja bulat selama dua hari ini disertai seramai 21 orang terdiri daripada jemputan luar, Ahli Jawatankuasa Pendidikan MAIK serta pihak DQ MAIK sendiri.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed dan pihak DQ MAIK menjemput pembentang khas iaitu Pensyarah Kanan Universitas Darussalam Gontor (UNIDA) iaitu Yang Berusaha Dr. Ahmad Saifulloh.
Ia dilaksanakan sebagai persiapan permulaan bagi hala tuju DQ MAIK.
Diharapkan perbincangan atau program ini dapat membantu pihak DQ MAIK bagi perancangan Hala Tuju Darul Quran MAIK pada masa hadapan.
#MAIK2025
#ZAKATMAIK
#DARULQURANMAIK