faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEKELIP MATA MUSNAH...MAIK HULUR SUMBANGAN

Tujuh keluarga hilang tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus sekelip mata dalam kebakaran awal pagi semalam di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.

Kejadian sekitar jam 8 pagi itu mengakibatkan rumah yang rata-ratanya separuh kekal itu tidak dapat diselamatkan berikutan api marak dengan cepat kerana rumah masing-masing berada berdekatan.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut bersimpati dengan kesemua mangsa dan lebih menyedihkan ada diantaranya hilang punca rezeki.

Cerita Kak Salma binti Dollah, 59, ketiga-tiga mesin jahit yang menjadi sumber utama pendapatan keluarganya hangus dalam kejadian terbabit.

Bukan itu sahaja, kain tempahan yang dihantar oleh pelanggan untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri juga sudah menjadi abu. Ketika ditemui juga, Kak Salma tidak dapat menahan sebak dan dirinya belum kuat untuk melihat sisa rumah pusaka yang didiaminya sejak kecil itu dalam keadaan sebegitu.

Sementara, cerita seorang lagi mangsa Suhaiza binti Daud,40 ketika kejadian, dia baru sahaja selesai menyediakan roti jala. Ibu empat anak memberitahu, dia tidak sempat menghantar tempahannya kerana semuanya terbakar.

Suhaiza juga memberitahu, suaminya kerugian sekitar RM5,000 apabila kebanyakkan ikan pelaga untuk dijual bagi menampung perbelanjaan keluarga juga turut mati. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana salah seorang ahli keluarganya yang terlantar akibat strok berjaya diselamatkan. Alhamdulillah.

Allahuakbar. Kami memahami keresahan mereka dan pada hari kejadian sekitar jam 8.30 pagi pihak MAIK dengan segera yang diwakili Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yunoh, Imam Tua Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh telah segera bertanya khabar.

Dalam suasana persekitaran yang masih berbau asap itu, Ustaz Ahmad telah menyampaikan bantuan wang tunai berserta bekalan makanan.

Semoga bantuan ini dapat membantu membeli keperluan ahli keluarga dan sedikit sebanyak melegakan hati mereka.

Terima kasih para pembayar zakat. Sumbangan anda memberikan sedikit sinar keceriaan tatkala diuji dengan kejadian tidak terduga ini.

#MAIK2024

#MAIKCaknoSengoti

#MAIKPrihatin

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini449
Kelmarin3211
Minggu Ini18962
Bulan Ini47681
Jumlah Pengunjung27514124