SEMOGA BANTUAN KAMI LEGAKAN MANGSA BANJIR DI MACHANG
Machang antara jajahan terjejas banjir dan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.
Pada hari ini, 4 Disember 2024, MAIK telah menyalurkan sumbangan keperluan harian dan makanan seperti selimut, tuala, gula, kopi, biskut dan beberapa barang lain kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK kepada Yang Amat Berusaha Encik Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang yang diadakan di pekarangan Pejabat MAIK.
Bantuan ini akan dihantar oleh pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kepada mangsa-mangsa banjir. Turut sama hadir, Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin @ Hashim, Pegawai Pengurusan Projek MAIK dan Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan Zakat MAIK.