faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SSPN SAMPAIKAN SUMBANGAN BEG SEKOLAH KEPADA PENGHUNI DARUL AITAM MAIK

Seramai 81 penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima sumbangan beg sekolah daripada pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Negeri Kelantan pada 16 Januari 2024.

Sumbangan berkenaan disampaikan ketika sesi kunjungan ke Darul Aitam dan ia adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat SSPN kepada rumah kebajikan yang melakukan simpanan bersama pihaknya. Kesemua 81 penghuni di sini telah mempunyai simpanan pengajian bersama  SSPN.

Pihak MAIK telah diwakili Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus

KIJPSIP, bersama Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK berserta kakitangan Darul Aitam, MAIK.

Pada majlis itu, penyerahan sumbangan beg sekolah telah wakili Yang Berusaha Puan Nur Zuhaili Azmi, Timbalan Penguruss Cawangan SSPN bersama Yang Berusaha Puan Sumilia Erdina Ab. Rahman, Eksekutif Pemasaran SSPN Negeri Kelantan.

Terima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan kepada penghuni di sini.

#MAIK2024

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini111
Kelmarin3211
Minggu Ini18624
Bulan Ini47343
Jumlah Pengunjung27513786