faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MAJLIS AGAMA ISLAM PERTAMA TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN PUSAT LATIHAN SLDN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi majlis agama pertama menerima Sijil Pentauliahan Pusat Latihan dibawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), yang merupakan program bagi Sijil Kemahiran Malaysia.

Lebih bermakna lagi, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK telah menerima Sijil Pentauliahan Pusat Latihan SLDN untuk Akademi Latihan Al-Muhammadi (ALAMi) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Sijil berkenaan disampaikan Yang Berusaha Ts. Haji Azman bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentauliahan JPK yang mewakili Yang Berbahagia Puan Zuleah binti Darsong, Ketua Pengarah JPK.

Lebih membanggakan, apabila JPK memaklumkan terdapat beberapa majlis agama lain yang bakal mengikut jejak langkah MAIK untuk melaksanakan program sama.

Kerjasama JPK dan MAIK ini adalah perintis permulaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam bidang berkaitan dengan tahfiz dan pengurusan masjid.

Sebagaimana diumumkan, MAIK merupakan satu-satunya majlis agama negeri di Malaysia yang telah menerapkan TVET melalui pelaksanaan SLDN di dalam pembangunan modal insan.

Besarlah harapan MAIK untuk menjadi institusi agama negeri yang kehadapan dalam menyediakan laluan kerjaya pegawai masjid yang sistematik dan berhalatuju yang jelas.

Menerusi usaha mengangkat martabat para pegawai masjid melalui penambahan ilmu pengetahuan, secara langsung telah memberikan nilai tambah kepada pegawai tersebut dalam aspek ‘soft skill’ dan ‘hard skill’.

ALAMi telah memilih untuk menjadi pusat bertauliah bagi program di bawah SLDN bagi tiga program awal yang menjadi perintis untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Tiga program tersebut adalah Pengoperasian Masjid Tahap 1, Pengajaran Tahfiz Tahap 3 dan Pengurusan Tahfiz Tahap 3 yang mana pengajian mengambil masa 6 bulan sahaja.

Masjid Muhammadi Kota Bharu dan Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian adalah sebagai Syarikat SLDN bagi menjalankan program Pengoperasian Masjid.

Program ini akan menjadi kursus yang akan diikuti para pegawai masjid terpilih nanti, yang mana semua fasiliti telah disediakan termasuk kurikulum diperlukan bagi memulakan program ini dengan menerima pelajar sesi pertama, dijangka pada Februari depan.

Pihak MAIK ingin merakamkan penghargaan kepada JPK, Pusat Latihan Mengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan proses pentauliahan sehingga MAIK menerima sijil pentauliahan.

Sebagai makluman, ALAMi telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2023 yang antara lainnya bertujuan bagi membantu memudah dan melicinkan gerak kerja sesebuah organisasi (masjid) dengan melahirkan pegawai yang kompeten, bermaklumat dan berpengetahuan luas dalam bidang kerja.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3136
Kelmarin3481
Minggu Ini18438
Bulan Ini47157
Jumlah Pengunjung27513600