faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN SAMBUT MAULIDUR RASUL BERSAMA LEBIH 1000 RAKYAT JELATA

Lebih 1,000 rakyat jelata gemakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada malam tadi bersama-sama Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan lsmail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.

Keberangkatan Baginda ke Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu malam tadi bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1446H/2024M.

Ketibaan Baginda disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nasuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama, Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan dan Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Tua 1 Masjid Jamek Muhammadi, Ustaz Haji Hairul Azizi Mokhtar dan kemudiannya mendengar ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia, Yang Berusaha Encik Zamrie Ibrahim@Musa.

Pada majlis sama Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Ilmuwan Islam kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Haji Abdul Samat Musa Felo Akademik (Profesor) di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia yang merupakan anak jati Kelantan, dilahirkan di Panchor, Kemumin, Kota Bharu.

Beliau yang berusia 73 tahun ini berpengalaman menabur bakti lebih 45 tahun dalam dunia akademik dan dakwah Islamiyyah dengan kepakaran dalam bidang syariah dan perundangan Islam.

Tokoh Ilmuwan ini diiktiraf sebagai cendekiawan yang telah menghasilkan beratus bahan ilmiah selain menyelia dan membimbing para pelajar dari peringkat ijazah hingga Doktor Falsafah (PhD).

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini89
Kelmarin3360
Minggu Ini19110
Bulan Ini13213
Jumlah Pengunjung30030013