faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS

Konsep padang pasir yang kreatif telah membawa tuah kepada Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Kenderaan Berhias sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1446H/2024M anjuran MAIK malam tadi.

Tahniah diucapkan kepada mereka. Gabungan kreativiti yang seimbang dan juga membawa kelainan dengan berselawat secara langsung sepanjang perjalanan juga mendapat perhatian para juri.

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nasuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dan diiringi Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di Masjid Jamek Muhammadi sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1446H/2024M malam tadi.

Tempat kedua dimenangi oleh Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot ⁠dan ketiga pula milik Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.

Juara menerima wang tunai RM1,000 sementara tempat kedua RM700 dan ketiga RM500.

Tahniah kepada semua peserta yang masing-masing menunjukkan komitmen hebat untuk tampil kreatif.

#MAIK2024

#MaulidurRasul1446H


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3291
Kelmarin4663
Minggu Ini18952
Bulan Ini13055
Jumlah Pengunjung30029855