faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERIMA KASIH JAIS & MAIS HANTAR BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR KELANTAN

Negeri Kelantan boleh diibaratkan lumpuh seketika baru-baru ini akibat bencana banjir luar biasa yang melanda negeri ini. Pelbagai kejadian tragis dengan kehilangan harta benda sekelip mata tanpa diduga telah membuka mata banyak pihak.

Tidak terkecuali, keperitan yang dihadapi mangsa banjir ini juga turut mendapat simpati Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi Misi Kasih Ummah Musibah Banjir Pantai Timur dan Utara Malaysia.

Pada hari ini, 8 Disember 2024, misi yang diketuai oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS bersama jentera dan juga rakan strategik masjid mereka telah sampai ke bumi Kelantan untuk agihan bantuan makanan kepada mangsa banjir di sini.

Pada misi kali pertama untuk musim banjir tahun ini, mereka menyumbangkan makanan dan barangan keperluan dapur yang bernilai RM150,000. Ini satu jumlah yang sangat bermakna buat mangsa banjir ketika ini. Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Barangan sumbangan berkenaan akan diagihkan sendiri oleh pihak mereka di sekitar Tumpat dan Rantau Panjang yang terjejas teruk akibat banjir, menerusi 5 buah masjid mukim terpilih.

Misi konvoi agihan bantuan yang bermula dari pekarangan Masjid Jamek Sultan Mansor Kampung Sireh dengan melibatkan 4 buah lori bersama 17 kenderaan pacuan empat roda telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana pihak Misi Kasih Ummah Musibah Banjir Pantai Timur dan Utara Malaysia turut menyatakan hasrat ingin membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir selepas ini.

Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa baik kepada semua pihak yang terlibat dengan Misi Kasih Ummah Musibah Banjir Pantai Timur dan Utara Malaysia termasuklah juga para penyumbang.

Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala kepada semua. Amin…Amin… Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2024

#prayforkelantan2024

#Sentiasainginberbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3701
Kelmarin4218
Minggu Ini7919
Bulan Ini79234
Jumlah Pengunjung32679616