PERMOHONAN KURSUS JAHITAN SULAMAN DAN AUTOMATIF BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MAIK TAHUN 2025
KURSUS YANG DITAWARKAN :
- Kursus Jahitan dan Sulaman- (Wanita sahaja)
- Kursus Automotif-Membaiki Motosikal (Lelaki sahaja)
- Tempoh kursus selama 10 bulan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
- Bujang
- Berkebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.
- Jika ada sijil, sila kemukakan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Penilaian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Beragama Islam.
- Asnaf yang layak menerima zakat.
KELEBIHAN KURSUS YANG DITAWARKAN:
- Asrama disediakan.
- Elaun Bulanan RM300.
- Pelatih yang telah tamat kursus boleh memohon Bantuan Pembangunan Asnaf sebagai modal awalan untuk memulakan perniagaan mengikut bidang yang telah dipelajari di Bengkel Kemahiran Hidup MAIK.
MODUL PEMBELAJARAN BENGKEL
CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengimbas QR Code yang disediakan di dalam portal rasmi dan media sosial Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula 5 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2024.
atau; QR Code boleh didapati di :-
Masjid-Masjid Bandar/Jajahan:
- Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu
- Masjid Jamek Assalam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu
- Masjid Jamek Sultan Mansor Kampong Sireh, Kota Bharu
- Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu
- Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
- Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar Kota Bharu
- Masjid Jamek Ismaili Bandar Tumpat
- Masjid Jamek Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
- Masjid Jamek Mahmoodi Bandar Bachok
- Masjid Jamek Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh
- Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli
- Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang
- Masjid Jamek Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai
- Masjid Jamek Bandar Annur Guchil, Kuala Krai
- Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bandar Gua Musang
- Masjid Jamek Sultan Muhammad III, Pasir Mas
- Masjid Jamek Ismail Petra, Tanah Merah
- Masjid Jamek Long Tan, Lojing Jajahan Gua Musang
- Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang ,Pasir Mas
- Masjid Jamek Razaleigh, Jajahan Gua Musang
- Masjid Tengku Aziza Mukim Taman Pengiran Anak Tengku Afeefah Mushafa'Ah Bolkiah Putri
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
Permohonan boleh dibuat bermula pada 5 DISEMBER 2024 SEHINGGA 31 DISEMBER 2024. Permohonan selepas pada tarikh tutup TIDAK akan di ambil kira.
**Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 09-7481512 dan sambungan 277 & 278