TERIMA KASIH JUTAWAN ABADI
๐น๐จ๐บ๐ผ๐ณ๐ผ๐ณ๐ณ๐จ๐ฏ ๐บ.๐จ.๐พ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐จ๐ฉ๐ซ๐จ, ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐ฌ๐น๐ด๐จ๐ฒ๐บ๐ผ๐ซ:
โ๐จ๐ท๐จ๐ฉ๐ฐ๐ณ๐จ ๐ด๐ฌ๐ต๐ฐ๐ต๐ฎ๐ฎ๐จ๐ณ ๐ซ๐ผ๐ต๐ฐ๐จ ๐บ๐ฌ๐ถ๐น๐จ๐ต๐ฎ ๐จ๐ต๐จ๐ฒ ๐จ๐ซ๐จ๐ด, ๐ด๐จ๐ฒ๐จ ๐ป๐ฌ๐น๐ท๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ณ๐จ๐ฏ ๐จ๐ด๐จ๐ณ๐จ๐ต๐ต๐๐จ ๐ฒ๐ฌ๐ช๐ผ๐จ๐ณ๐ฐ ๐ป๐ฐ๐ฎ๐จ ๐ท๐ฌ๐น๐ฒ๐จ๐น๐จ, ๐ฐ๐จ๐ฐ๐ป๐ผ ๐บ๐ฌ๐ซ๐ฌ๐ฒ๐จ๐ฏ ๐ฑ๐จ๐น๐ฐ๐จ๐ฏ, ๐ฐ๐ณ๐ด๐ผ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ซ๐ฐ๐ด๐จ๐ต๐ญ๐จ๐จ๐ป๐ฒ๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐จ๐ต๐จ๐ฒ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐บ๐ถ๐ณ๐ฌ๐ฏ, ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐บ๐ฌ๐ต๐ป๐ฐ๐จ๐บ๐จ ๐ด๐ฌ๐ต๐ซ๐ถ๐จ๐ฒ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ซ๐ผ๐จ ๐ฐ๐ฉ๐ผ๐ฉ๐จ๐ท๐จ๐ต๐๐จโ (๐ฏ๐จ๐ซ๐ฐ๐บ ๐น๐ฐ๐พ๐จ๐๐จ๐ป ๐ด๐ผ๐บ๐ณ๐ฐ๐ด).
Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua MAIK menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pewakaf, Rakan Waqaf MAIK dan semua pihak yang mengimarahkan ibadah wakaf.
Ucapan tersebut dizahirkan Yang Berhormat Mulia Tengku pada Pelancaran Bulan Wakaf Dan Apresiasi Pewakaf MAIK Tahun 2024 yang berlangsung di Hotel Perdana semalam.
Majlis turut dihadiri Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Yang Berhormat Sahibus Samahah Datoโ Kaya Perba, Datoโ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Yang Amat Arif Datoโ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.
Turut hadir, Yang Berhormat Datoโ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Datoโ Perwira Raja, Datoโ Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan, Penglola Istana DโRaja Kelantan, Yang Berusaha Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK.
Yang Berhormat Mulia Tengku turut menghargai kepercayaan yang diberikan kepada MAIK dalam menguruskan segala bentuk pewakafan yang telah diamanahkan.
Pihak MAIK berbesar hati kerana sebahagian pewakaf telah mewakafkan harta mereka dalam bentuk hartanah yang bernilai lebih RM3.5 juta turut sama hadir memeriahkan program tersebut.
Sesungguhnya, anda semua adalah jutawan abadi yang bijak melabur dalam saham akhirat, demi mendapat ganjaran pahala yang berterusan oleh ALLAH SWT. Insyaallah.
Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua jutawan akhirat yang ikhlas mewakafkan harta, untuk mendapat keredhaan Yang Maha Esa.
ย