faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

“TIGA HARI KAMI BERGELAP”

Di penghujung Ramadan ketika mana kita sedang berjuang menuju ke penghujung Ramadan dan dalam suasana ambang menyambut Hari Raya Aidilfitri, sembilan sekeluarga ini terpaksa bergelap. Allahuakbar.

Itulah keadaan yang terpaksa dihadapi Abang Zawawi atau nama sebenarnya Nik Zawawi bin Nik Mohamed@Nik Ismail, 48, tinggal di Kota Bharu bersama isteri dan 7 lagi anaknya berusia 18 tahun hingga 8 tahun yang kesemuanya masih bersekolah kecuali si sulung lepasan SPM.

Mereka bergelap kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik berjumlah RM1,200. Kami dimaklumkan Abang Zawawi sudah buntu mencari jalan penyelesaian dan sentiasa berdoa, meminta dengan Maha Pencipta, alhamdulillah Allah SWT membuka jalan. Akhirnya Abang Zawawi mendapat ilham mengadu kesusahan kepada pihak MAIK.

Abang Zawawi yang tinggal di rumah PPRT ini, menyara keluarga dengan upah yang diperoleh sebagai tukang baiki barang elektronik terpakai. Isteri pula membersih rumah tumpang. Berapa sangat gaji mereka yang tidak menentu. Ada kerja, ada gaji. Tidak bekerja tiadalah duit.

Kami juga mendapat tahu, baju raya anak-anak yang lengkap masih belum ada. Ada juga pihak yang sedekahkan baju raya tapi tidak cukup satu set. Tapi mereka bersyukur kerana juga pihak yang sudi membantu. Setiap kali raya biasanya mereka mengutamakan baju baharu. Selipar biasanya pakai yang lama. Mujurlah anak-anak memahami keadaan mereka.

Tapi jauh di lubuk hati seorang ibu dan ayah, mahukan anak-anak mereka pakai serba baharu satu set dan cantik bergaya di pagi Hari Raya. Allahuakbar. Cuba kita bayangkan jika anak-anak kita yang pakai baju lama di Aidilfitri berjalan bersama rakan-rakan yang pakaiannya serba comel di Hari Raya. Allahuakbar, pastinya sayu kan?

Jadi hari ini, pihak MAIK mewakili pembayar zakat kami dengan segera menyantuni keluarga ini kerana keluarga ini sememangnya wajib dibantu. Hari ini kami diketuai oleh Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat MAIK) bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim (Pegawai Komunikasi Korporat MAIK) membawa mereka membeli baju raya serba lengkap.

Kami bawa mereka ke Pantai Timor Kota Bharu dan MYDIN Mall Tunjong untuk mereka memilih sendiri pakaian dan juga kelengkapan raya yang mereka mahukan serta mengikut kesukaan mereka. Melihat kepada gelagat adik-adik yang memilih pakaian mereka sambil tersenyum memeluk pakaian baharu. Mereka beli baju, sampin, kasut, selipar dan tudung serba baharu. Senyuman mereka bukanlah lakonan. Ya Allah Ya Tuhanku, kami pun turut gembira, apatah lagi para pembayar zakat kami mereka pastinya lagi senang hati kerana dapat membantu keluarga ini.

Mereka dengan penuh keikhlasan mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat MAIK kerana telah membantu menggembirakan anak-anak mereka dan bukan itu sahaja mereka juga terhutang budi dengan pembayar zakat kerana setiba mereka di rumah pada petang tadi, rumah mereka kembali bercahaya. Kami bayarkan tunggakan bil elektrik yang tertunggak serta-merta. Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, Abang Zawawi tidak perlu risaukan belanja sekolah anak-anak kerana kesemua 6 anak yang bersekolah akan dipertimbangkan untuk Biasiswa Tengku Anis MAIK. Bukan itu sahaja kami sampaikan berita gembira lain iaitu mereka turut dipertimbangkan bantuan tetap bulanan MAIK sebanyak RM400 sebulan. Apa yang mereka terima ini adalah hasil pembayar-pembayar zakat kami. Sempena Ramadan penuh berkat, marilah sama-sama kita doakan ganjaran terbaik buat pembayar zakat MAIK.

#MAIK2025

#ZakatMAIK

#TerimaKasihPembayarZakat

#SentiasaInginBerbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1302
Kelmarin4327
Minggu Ini13433
Bulan Ini97106
Jumlah Pengunjung39093244