faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ DAN PELAJAR KELAINAN UPAYA

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan pada setiap tahun berkenan mencemar duli berangkat untuk meraikan Anak Yatim Darul Aitam dan pelajar Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta pelajar Orang Kelainan Upaya.

Baginda meraikan insan-insan bertuah ini sempena Majlis Berbuka Puasa Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Bersama Anak-Anak Yatim Darul Aitam dan Pelajar Darul Quran MAIK.

Majlis diadakan pada 25 Ramadan 1446 bersamaan 26 Mac 2025 ini telah berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji adalah acara yang dinanti-nantikan oleh para penghuni Darul Aitam MAIK dan juga pelajar-pelajar tahfiz di sini.

Pada hari ini, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 106 Anak Yatim Darul Aitam MAIK, 105 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dan 5 pelajar Orang Kelainan Upaya.

Baginda turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama para jemputan yang menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis turut dihadiri, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK), Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja, Dato’ Mohd Amar bin Abdullah (Speaker Negeri Kelantan), Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Kaya Perkasa, Dato’ Dr Tengku Faziharudean bin Dato’ Tengku Feissal (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) dan Yang Amat Berbahagia, Dato, Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK).

Junjung Kasih Tuanku.

#MAIK2025

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1373
Kelmarin4327
Minggu Ini13504
Bulan Ini97177
Jumlah Pengunjung39093315