faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN MERAIKAN JEMAAH HAJI NEGERI KELANTAN KE TANAH SUCI

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-marhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan pada Selasa berkenan berangkat bagi meraikan 142 jemaah haji dari negeri ini.

Keberangkatan baginda adalah bersempena Majls Pelepasan Jemaah Haji Negeri Kelantan Ke Tanah Suci Mekah Bagi Musim Haji 1445H/2024M yang diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai dan beramah mesra bersama tetamu ALLAH SWT sebelum mereka berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sekitar jam 10.15 malam.

Kumpulan ke 12 dari Kelantan menggunakan penerbangan KT019D kali ini selamat tiba di Madinah sekitar jam 7.50 pagi (waktu Madinah) hari ini, 15 Mei 2024.

Sempena majlis tersebut Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan turut mendoakan agar kesemua jemaah diberikan kesihatan dan keupayaan yang baik untuk menunaikan ibadah, dipermudah segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur sebagaimana ibadah haji yang kita impikan.

Di samping itu, baginda juga turut menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mengikuti nasihat daripada pihak berwajib supaya semua amalan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Majlis turut dihadiri, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Hadir sama, Yang Amat Berusaha, Dr Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Shuhaimi bin Ismail, Ketua Perundangan dan Sektretarial Kumpulan Lembaga Tabung Haji.

#MAIK2024

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2857
Kelmarin2942
Minggu Ini11754
Bulan Ini40473
Jumlah Pengunjung27506916