PROGRAM RAMAH MESRA MASYARAKAT ORANG ASLI BERSAMA YBM TENGKU TEMENGGONG KELANTAN
Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 28 Muharram 1441H bersamaan 28 September 2019 bertempat di Pos Tuel, Lojing, Gua Musang. Penduduk kampung masyarakat Orang Asli Pos Tuel telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi di perkarangan Masjid Pos Tuel bagi menyambut ketibaan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan dan dhif-dhif jemputan. Seramai 40 orang pasukan konvoi bermotosikal dari kalangan masyarakat Orang Asli telah bersedia untuk mengiringi ketibaan baginda.