MAJLIS IBADAT QURBAN JAMA’IE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI TAHUN 1440H/2019M
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bagi Tahun 1440H/2019M yang telah diadakan pada 11 Zulhijjah 1440H bersamaan 12 Ogos 2019 (Isnin) bersamaan Hari Raya Aidil Adha Yang Kedua bertempat di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi.