BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) : PENILAIAN KENDIRI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT BERDASARKAN KOD AMALAN AKREDITASI PROGRAM MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN, MAIK
Pada 16 hingga 18 April 2024, Unit Jaminan Kualiti Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) : Penilaian Kendiri (SRR) Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Berdasarkan Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) di Sutera Inn Prima, Kota Bharu.
Bengkel ini dikendalikan oleh Yang Berusaha Puan Suhaini binti Hassan yang merupakan jururunding berpengalaman berkaitan pengauditan program di institusi pengajian tinggi.
Bengkel yang melibatkan semua pegawai MTQ MAIK ini antara lain bertujuan untuk menyebarluas pengetahuan berkaitan standard akreditasi kepada kakitangan dalam mengurus bidang tugas masing-masing.
Pada masa sama, dapat mempelajari kaedah pelaksanaan penilaian kendiri yang berkesan dengan membina instrumen penilaian yang selaras dan efektif.
Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan berkaitan dokumen-dokumen rujukan penting berhubung dengan akreditasi program, seperti Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan Instrumen Penilaian Kendiri (SRR) yang diterjemahkan dalam konteks MTQ MAIK sebagai Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).
Simulasi kaedah pelaporan turut dibentangkan kepada peserta agar interpretasi dan familiarisasi instrumen tersebut mencapai keperluan COPPA sebagaimana yang dikehendaki.
Diharapkan pengisisan bengkel ini dapat memanfaatkan dan meningkatkan kefahaman serta kualiti kerja semua kakitangan, seterusnya bersedia melaksanakan penilaian kendiri bagi menilai tahap kecekapan kerja di MTQ MAIK.
#MAIK2024
#MTQMAIK