faq lokasi aduan peta


PERUTUSAN

YABRS TIMBALAN YANG DIPERTUA

tydp

YABRS DR. HASNAN BIN HAJI RAMLI
TIMBALAN YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Bertarikh : 20 MAC 2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan izin serta petunjukNya, MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1915 telah mencapai usia lebih seabad.

Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dinamik merupakan satu ketandaan yang MAIK bergerak selaras dengan peredaran arus teknologi. Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) menunjukkan bahawa maklumat dan komunikasi merupakan elemen penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi. MAIK merupakan institusi yang berdamping rapat dengan masyarakat memerlukan satu platform elektronik yang interaktif bagi membolehkan sistem penyampaian disempurnakan sebaiknya.

Portal Rasmi MAIK ini merupakan satu saluran penyebaran maklumat secara elektronik yang boleh diakses secara cepat, mudah dan telus. Melalui portal ini juga MAIK menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian (online) bagi mencapai visi kami iaitu menjadi institusi peneraju tadbir urus hal ehwal agama dan pembangunan umat Islam yang unggul dan dihormati.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada warga kerja MAIK di atas komitmen membangunkan dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik Portal Rasmi ini. Selamat Datang diucapkan kepada mereka yang melayari Portal MAIK sebagai medium komunikasi dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina dari semua pihak bagi membantu MAIK dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sekaligus memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi manfaat kita bersama dari semasa ke semasa.

Selamat melayari Portal Rasmi MAIK.

"ISLAM MEMIMPIN, RAJA MENAUNGI, NEGERI BERKAT"
"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini353
Kelmarin2999
Minggu Ini8605
Bulan Ini61061
Jumlah Pengunjung29365678