faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL TAKLIMAT PENGGUNAAN & HANDS ON SISTEM PENGURUSAN TAHFIZ MAIK

Pada 16 - 18 Januari 2020 lalu, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan satu Bengkel Taklimat Penggunaan & Hands On Sistem Pengurusan Tahfiz MAIK bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Bengkel selama dua hari tiga malam ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Tahfiz, dilaksana dengan diurus setiakan bersama Unit Teknologi Maklumat MAIK selaku moderator serta pembangun sistem daripada Syarikat Ideal Niaga Network bertujuan untuk menerangkan modul yang berkaitan PENGURUSAN TIGA BAHAGIAN UTAMA UNIT TAHFIZ iaitu PENTADBIRAN, HAL-EHWAL AKADEMIK (HEA) dan HAL-EHWAL PELAJAR (HEP). Ia juga sebagai persediaan kepada kakitangan Maahad Tahfiz MAIK untuk menggunapakai Sistem Pengurusan Tahfiz agar lebih bersistematik dan terurus.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh AF. Imam Besar, MAIK.

    Antara objektif penganjuran bengkel ialah;
  • Memberi persediaan dan pendedahan kepada kakitangan MTQ MAIK untuk mempelajari sistem pengurusan yang baharu.
  • Sistem ini merupakan sistem pengurusan yang komprehensif yang mengandungi 3 pecahan iaitu Pengurusan Tahfiz, Hal Ehwal Akademik.Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar.
  • Sistem ini perlu diselaraskan penggunaannya kepada kakitangan yang terlibat dengan diberikan satu taklimat penggunaan, mengambil kira fungsian yang terlibat dengan Person In Charge (PIC).
  • Taklimat ini adalah kerjasama dari Unit IT selaku moderator bersama pembangun sistem daripada Syarikat Ideal Niaga Network untuk menerangkan modul terlibat beserta akses kakitangan.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini57
Kelmarin2661
Minggu Ini23007
Bulan Ini88096
Jumlah Pengunjung27101167