faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN ZAKAT KEPADA AMIL LANTIKAN MAIK BILANGAN 1 TAHUN 2020

13 Januari 2020 (Isnin) – Satu Program Taklimat Pengurusan Zakat kepada Amil-Amil Lantikan MAIK Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 13 Januari 2020, jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Tahfiz, Tingkat 1, Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Panji.

Seramai 10 amil telah dilantik sebagai amil zakat harta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang telah dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan Kali Ke 924 Bilangan 4 Tahun 2019 di Agenda 4.7 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan MAIK Bilangan 1 Tahun 2019 (8 Ogos 2019) yang bersidang pada 26 Ogos 2019.

    Program Taklimat Pengurusan Zakat kepada 10 amil ini dilaksanakan selepas mendapat surat perlantikan rasmi daripada pihak MAIK. Amil-amil ini terdiri daripada syarikat dan pertubuhan antaranya;
  1. PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SAUDARA BARU KELANTAN MALAYSIA (IIDAC)
  2. MASJID ISMAILI PADANG PAK AMAT
  3. MADRASAH NUR MUHAMMAD
  4. KOMPLEKS MASJID AL-HIKMAH
  5. ZAINAL AZMIN & ASSOCIATES
  6. MASJID AL-MUTTAQIN (IKTIKAF)
  7. AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
  8. PERTUBUHAN CAKNA UMMAH KELANTAN (UCO)
  9. MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
  10. HALUAN NEGERI KELANTAN (PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA)

Para amil ini diberi pendedahan berkaitan pengurusan zakat di Kelantan serta prosidur dan etika amil lantikan MAIK bagi memberi pencerahan berkaitan hala tuju perlantikan amil zakat harta untuk membantu MAIK mencapai target kutipan zakat tahunan iaitu sebanyak RM210.6 juta pada tahun ini. Para amil diberi kuasa oleh MAIK bagi mendapatkan kutipan zakat harta terutamanya daripada pembayar-pembayar baru.

Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta sarapan pagi dan diteruskan dengan tayangan Video Korporat MAIK dan sesi suai kenal antara para amil dengan kakitangan Unit Zakat MAIK. Pada jam 9.30 pagi slot pertama dimulai oleh YBrs. Pegawai Zakat MAIK, Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman dengan tajuk Pengurusan Zakat di Kelantan dan disusuli dengan slot kedua iaitu yang disampaikan oleh YBrs. Penolong Pegawai Zakat I MAIK, Puan Wan Fadhlina binti W.Yusuf dengan tajuk Pengurusan Zakat Semasa, Prosidur dan Etika Amil Lantikan MAIK. Pada akhir program, penyampaian banting amil lantikan MAIK kepada 10 amil yang disampaikan oleh YBrs. Pegawai Zakat MAIK.

 

Disediakan oleh : Wan Fadhlina Binti Wan Yusuf

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1713
Kelmarin2407
Minggu Ini20604
Bulan Ini1713
Jumlah Pengunjung29306330