faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS RAMAH MESRA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) BERSAMA RAKAN MEDIA DAN NGO BAGI TAHUN 1441H/2020M

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Ramah Mesra Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bersama Rakan Media Dan NGO Bagi Tahun 1441H/2020M pada 08 Jamadilakhir 1441H bersamaan 02 Februari 2020M (Ahad) bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu, jam 8.00 malam.

Majlis dimulakan dengan persembahan ucapan aluan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan seterusnya titah ucapan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua MAIK. Majlis diteruskan dengan pengurniaan Sumbangan Tahunan Kepada Yayasan Islam Kelantan berjumlah sebanyak RM 2.5 juta, Sumbangan Pembelian Peralatan Perabot Kepada Yayasan Islam Kelantan berjumlah sebanyak RM 1.0 juta serta Sumbangan Bantuan Rumah Berkelompok Tadahan Rahmat berjumlah sebanyak RM 1.42 juta yang dikurniakan kepada YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK turut berkenan untuk melancarkan Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) MAIK bagi permohonan bantuan one off sahaja yang mana sistem ini telah memudahkan para pemohon untuk membuat semakan status permohonan mereka di portal MAIK. Majlis berakhir dengan persembahan khas multimedia MAIK dan pengurniaan cenderamata kepada rakan Media dan NGO yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Dato’ Panglima Perang (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta), YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othman, Pengerusi UMW Corporation Sdn. Bhd. merangkap Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, jemputan khas rakan-rakan media iaitu Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK, Urusetia Penerangan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Sinar Harian Cawangan Kelantan, Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkumi Berita Harian, Metro, Pertubuhan Berita Nasional Berhad (BERNAMA), Media Prima Prima Berhad (Sistem Televisyen TV3 Berhad), Astro Awani, dan pegawai-pegawai kanan MAIK.

Manakala jemputan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan, The THIRDFORCE, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan, Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Kelantan, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan, HALUAN Negeri Kelantan, Internasional Islamic Information & Daawah Centre, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) Negeri Kelantan dan Yayasan Amal Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini59
Kelmarin2661
Minggu Ini23009
Bulan Ini88098
Jumlah Pengunjung27101169