faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ANAK TIDUR TEPI TANGGA DALAM RENYAI, SI IBU DAN AYAH TERPAKSA PAYUNGKAN DAPAT PERHATIAN MAIK

Disaat orang lain dapat tidur nyenyak setiap malam beralaskan tilam yang empuk, namun lain pula nasib yang dialami oleh lima beranak di Kampung Kerak Hulu, Ketereh ini.

Ketika menyantuni keluarga ini, Halissa Farini binti Ghani bersama suaminya menceritakan kisah hidupnya bersama tiga anak yang tinggal di rumah usang peninggalan arwah mertuanya kepada kami.

Sejak 11 tahun lalu mereka tinggal di rumah tersebut, setiap ceruk rumah tiris, bahkan bukan itu sahaja, 'mahligai ' usang yang menjadi tempat berteduh itu juga runtuh disebabkan ribut dan hujan lebat pada tahun 2010 lalu.

ALLAHHU AKBAR...Sayunya hati kami. Terbayang bagaimanalah kehidupan mereka seharian tinggal di mahligai usang hanya menunggu masa menyembah bumi.

Ceritanya Kak Halissa, mahupun sebahagian rumahnya telah runtuh, namun mereka lima beranak masih menetap disitu, dek kerana kesempitan hidup yang tidak membolehkan mereka mencari kediaman lebih selesa.

Kerana kesempitan hidup mereka tabahkan hati, masih mendiami rumah itu dengan berpindah ke bahagian dapur meskipun setiap ceruk di ruangan dapur itu atapnya bocor.

Lebih memilukan disebabkan ruang yang terlalu sempit, tiga anakanya terpaksa tidur di tepi tangga di dapur. Mengenangkan semula kisah hidupnya, hati kami tersentuh dan sayu apabila, Kak Halissa menceritakan yang mereka acap kali menggunakan payung melindungi anak-anak daripada dibasahi hujan kerana setiap ceruk ruang rumahnya tiris.

“Kami terpaksa guna payung, lindung anak-anak, sebab atap rumah bocor. Tak ada tempat yang selesa.

"Bukan tak nak rumah baharu, tapi upah suami pahak sawah hanya cukup-cukup makan. Nak buat simpanan pun boleh," luah Kak Halissa kepada kami.

Bukan itu sahaja, Kak Halissa juga bimbang dengan binatang berbisa kerana dinding di bahagian dapurnya juga berlubang.

Bagaimanapun derita 11 tahun yang ditanggung Halissa sekeluarga berakhir apabila, ada hamba Allah yang datang membantu dengan menawarkan bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Tidak sampai sebulan, kami mendapat berita gembira apabila permohonan diluluskan oleh pihak MAIK untuk membina rumah baru secara percuma bersebelahan rumah lama.

Tidak sampai tiga bulan, rumah tersebut sudah siap dibina dan Alhamdulillah, kami dapat mendiami rumah baharu pada awal Ramadan lalu.

Jika dulu tinggal berhimpit dan setiap kali hujan kami basah, kini di rumah baru kami amat selesa kerana mempunyai tiga bilik.

Syukur sangat dan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan harta yang diinfakkan itu memberi peluang kepadanya untuk tinggal di rumah yang selesa dan tidak lagi berbasahan tiap kali hujan.

Betapa besar dan bermaknanya harta-harta yang diinfakkan menerusi MAIK. Hanya ALLAH SWT yang mampu memberikan ganjaran  terbaik buat penyumbang yang telah menggembirakan kehidupan insan-insan yang memerlukan.

Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf Yang Sebenarnya.

Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk melakukan kebaikan selagi masih diberikan kesempatan sebelum kita menutup mata buat selama-lamanya.

Bersedekahlah, berzakatlah meskipun dengan RM1.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini366
Kelmarin3726
Minggu Ini4092
Bulan Ini77154
Jumlah Pengunjung30900326