faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DANA BAITULMAL MAIK BANTU KELUARGA EH MEK-RUMAH HANGUS DI JILAT API

Ujian Buat Makcik Eh Mek...

Kejadian ini berlaku Selasa lalu, tiada siapa menduga segalanya berlaku sekelip mata. Ujian berat terpaksa dilalui seorang warga emas, Eh Mek Kee Choi, yang berusia 80 tahun tinggal di Kampung Sat Tengah.

Menceritakan dugaan yang dihadapi, Makcik Eh Mek memberitahu, hatinya hiba apabila rumah yang didiami sejak 50 tahun lalu, penuh dengan kenangan manis bersama keluarganya hangus sekelip mata.

Kebakaran tersebut berlaku kira-kira jam 9.00 malam ketika mangsa bersama dua orang anaknya berada dalam rumah tersebut. Namun lebih mencemaskan lagi apabila dua orang anaknya itu yang berumur 53 dan 40 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

Makcik Eh Mek bersyukur dan lega, tindakan pantas jiran-jiran berdekatan yang menyedari kebakaran itu dengan segera bergegas dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa di dalam rumah tersebut.

Walaupun tak sempat menyelamatkan barangan dan dokumen penting milik mereka kerana api marak dengan cepat namun Makcik Eh Mek sangat bersyukur kerana dua harta paling bernilai dalam hidupnya iaitu anak-anaknya terselamat.

Mak Cik Eh Mek mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyelamatkan keluarganya.

Setelah mendapat tahu kejadian yang dihadapi keluarga Makcik Eh Mek, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) segera menyantuni dan bertanya khabar keluarga ini.

Bagi menzahirkan keprihatinan MAIK, Al- Fadhil Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani selaku Imam Tua Masjid Ismail Petra Tanah Merah telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada Makcik Eh Mek.

Meskipun berbeza agama namun kami tetap tampil menghulurkan bantuan. Keprihatinan dan tanggungjawab kami di MAIK, melangkaui sempadan agama dan bangsa.

MAIK tidak menggunakan sumber zakat untuk membantu mereka, tetapi terdapat pelbagai sumber lain termasuk baitulmal yang boleh disalurkan untuk meringankan beban mereka.

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa anda semua dan didoakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk terus melakukan amal ibadat. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2127
Kelmarin3045
Minggu Ini5172
Bulan Ini5172
Jumlah Pengunjung29309789