faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BERSAMA YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPURETA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Kerjasama strategik ini amat penting dalam menyahut cabaran untuk memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi yang mana kedua-dua pihak bukan sahaja boleh berkongsi maklumat, malah dana, kepakaran dan teknologi ke arah pelaksanaan objektif bersama.

MoU tersebut ditandatangani oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzammil bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Majlis ringkas berkenaan disaksikan Yang Berusaha Tuan Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Yang Berusaha Dr Amina Josetta Kayani, Pengarah Strategi dan Perhubungan, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

MoU berlangsung di Dewan Mesyuarat Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, Aras 5, MAIK.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri yang memangkin agenda nasional bagi memastikan golongan Bumiputera dapat bersaing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Yayasan Peneraju Bumiputera merupakan satu komponen penting di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera sebagai sebuah tabung amanah bagi membangun dan melatih golongan Bumiputera.

Program Peneraju Tunas Bridge Gemilang bersama Darul Aitam MAIK, merupakan program tiga tahun bersifat jangka panjang yang akan merangkumi dua komponen penting iaitu:

i- Academic Assistance Programme (AAP)-

Program Sokongan Literasi ini merupakan program penguasaan bahasa Inggeris.

ii-Nurture And Development Programme (NDP) untuk menerapkan kemahiran insaniah serta nilai-nilai kepimpinan bagi menggilap potensi, keterampilan diri seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1866
Kelmarin2407
Minggu Ini20757
Bulan Ini1866
Jumlah Pengunjung29306483