faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TUJUH KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI LORONG NIK PA, JALAN SULATANAH ZAINAB TERIMA BANTUAN SEGERA MAIK

Di saat orang lain masing-masing sedang tidur dengan lena, tujuh sekeluarga di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab dekat Kota Bharu dikejutkan dengan kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi tadi. ALLAHUAKBAR.

Bagaimanapun kesemua kira-kira 30 orang mangsa yang terlibat terselamat dalam kejadian terbabit. Sementara rumah mereka hangus dan tidak dapat diselamatkan kerana api marak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang terlalu rapat.

Khabar duka tersebut sampai ke pengetahuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada awal pagi tadi, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK telah segera menyantuni mangsa dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa kebakaran.

Kami memahami kesulitan dan perasaan mangsa-mangsa. Selain bantuan wang segera yang disampaikan hari ini, MAIK juga akan mempertimbangkan bantuan bersesuaian untuk diberikan kepada mereka.

Kami mendoakan agar kesemua mangsa bersabar dengan dugaan tersebut dan dalam masa yang sama, diharapkan sumbangan daripada wang zakat yang diinfakkan kepada MAIK dan diberikan kepada penerima itu dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan mereka. Alhamdulillah... Betapa bermaknanya wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK oleh orang ramai di luar sana ini.

Sementara itu, menceritakan semula kejadian yang berlaku itu, seorang mangsa juga tenaga pengajar di sebuah taman asuhan kanak-kanak, Siti Nuraishah binti Kamarulzaman, 33, memberitahu kami, ketika kejadian dia bersama seorang adik perempuannya berada di dalam rumah.

“Masa tu saya tengah tidur, tapi saya terkejut bila dengar ada orang laung dari luar rumah banyak kali ada kebakaran. Bila sedar rumah sudah dipenuhi dengan asap. Saya terus berlari kejutkan adik yang sedang tidur.

“Masa kejadian saya hanya sempat capai telefon bimbit dan beg tangan yang ada di sebelah tempat saya tidur, semua barang lain saya tak sempat selamat. Semua hangus. Tak boleh buat apa-apa. Memang tak sempat selamat, yang penting masa tu hanya nak selamatkan nyawa kami. Motosikal yang saya guna ke tempat kerja pun hangus,” katanya ketika disantuni MAIK hari ini.

Siti Nuraishah juga turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana wang zakat yang disampaikan menerusi MAIK kepada keluarganya itu amat diperlukan untuk menampung keperluannya dalam masa terdekat memandangkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini: https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/eptg

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini616
Kelmarin3999
Minggu Ini19150
Bulan Ini91185
Jumlah Pengunjung31546507