faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) BERKENAN MELAWAT TANAH PERKUBURAN ISLAM KUBUR CHE SITI MUKIM BANGGOL

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada semalam berkenan melawat Tanah Perkuburan Islam Kubur Che Siti, Mukim Banggol, Badang Kota Bharu.

Tanah Perkuburan Islam Kubur Che Siti terletak 100 meter daripada Masjid Mukim Banggol, Kota Bharu dengan keluasan 19.8677 ekar.

Yang Berhormat Mulia juga turut berkenan mendengar taklimat berkaitan Tanah Perkuburan Islam Kubur Che Siti Mukim Banggol daripada YBrs Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK.

Turut melawat Tanah Perkuburan Islam Kubur Che Siti ialah, YABrs Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBrs Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Yang Berhormat Mulia juga turut berkenan melihat secara lebih dekat keadaan terkini kawasan kubur tersebut termasuk soal kebersihan dengan dibantu Al-Fadhil Muhammad Ammar bin Azlan, Imam Tua Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2970
Kelmarin3726
Minggu Ini6696
Bulan Ini79758
Jumlah Pengunjung30902930