faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERKEMASKAN MAKLUMAT HIBAH, PUSAKA DAN WASIAT DIURUSKAN MAIK BERSAMA PIHAK MAIS

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berpeluang mendapatkan perkongsian maklumat berkaitan dengan pengurusan, hibah, pusaka dan wasiat daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).

Perbincangan yang berlangsung di pejabat MAIS itu telah diketuai Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dan Yang Berusaha Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan, Pegawai Unit Mal dan Sumber Am MAIK.

Rombongan lawatan daripada pihak MAIK telah disambut oleh Yang Berusaha Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin Timbalan Setiausaha (Operasi), MAIS.

Lawatan turut disertai oleh, Yang Berusaha Encik Mohd Azrai`in bin Omar, Pegawai Undang-Undang MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Terdapat banyak percambahan maklumat yang diperoleh daripada pihak MAIS hasil daripada pertemuan selama dua jam ini dan insyaALLAH ia boleh membantu persediaan pemantapan pengurusan Bahagian Baitulmal MAIK.

Semoga perkongsian ilmu, daripada Al-Fadhil Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid Pengarah Baitulmal, MAIS bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Al-Fadhil Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha Penolong Pengurus (Dakwah dan Pemasaran), MAIS dapat dimanfaatkan oleh MAIK yang menjadi tempat rujukan masyarakat dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1314
Kelmarin3540
Minggu Ini10912
Bulan Ini10912
Jumlah Pengunjung29315529

A- A A+