faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PEMANTAPAN DAN PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN HARTA PUSAKA BERSAMA MAIWP

Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) khususnya daripada Unit Mal dan Sumber Am, telah mengadakan lawatan kerja mahabbah ke Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Lawatan kerja yang diadakan pada 27 Januari ini telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Ustaz Ahmad Saifuddin bin Haji Md. Tahir, Timbalan Pengurus Baitulmal MAIWP bersama warga MAIWP yang sudi menerima lawatan daripada pihak MAIK hari ini.

Sesi percambahan ilmu bersama Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal MAIWP telah memfokuskan kepada perbincangan berhubung dengan usaha memperkasakan lagi pengurusan harta pusaka.

Kunjungan berkenaan juga turut disertai Yang Berusaha Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan, Pegawai Unit Mal dan Sumber Am MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini865
Kelmarin3540
Minggu Ini10463
Bulan Ini10463
Jumlah Pengunjung29315080

A- A A+