faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

AGIHAN ZAKAT MAIK MENINGKAT: LEBIH RM 95 JUTA DIBELANJA PADA JAN-JUN 2022

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa berintegriti dalam mengagihkan kutipan wang zakat yang diinfakkan oleh orang ramai untuk manfaat sepenuhnya buat golongan selayaknya.

Bermula Januari sehingga Jun tahun 2022 sebanyak RM 95,277,429 telah diagihkan, yang mana telah mencatatkan peningkatan 14 peratus dari tahun sebelumnya iaitu RM 83,483,082.

Perkara itu telah diumumkan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK pada 25 Ogos 2022 pada Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Januari Hingga Jun Tahun 2022.

Majlis yang berlangsung di Hotel Perdana itu turut dihadiri Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdul Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato' Perwira Raja Dato' Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan, Penglola Istana D’raja serta Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, perbelanjaan Program Asnaf Fakir dan Miskin telah mencatat pecahan terbesar dalam program agihan zakat yang mana sejumlah RM 39,032,000 telah diagihkan.

  • Jumlah besar agihan kepada Asnaf Fakir Dan Miskin ini meliputi:
  1. Bantuan Bulanan Fakir dan Miskin berjumlah RM 16,111,070 yang telah memberikan manfaat kepada 6,849 orang penerima.
  2. Sejumlah RM4, 753,550 diperuntukkan kepada Bantuan Rumah Kediaman untuk membina rumah kepada 197 keluarga.
  3. Bantuan Am pula diberikan secara sekali setahun (one-off) untuk sara diri, kecemasan dan lain-lain keperluan telah dibelanjakan sejumlah RM 4,473,418 sepanjang tempoh ini. Seramai 5,059 ketua isi rumah menjadi penerima manfaat program ini dengan kadar bantuan RM500 hingga RM3,000.
  4. Program Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT berjumlah RM 3,428,000 telah dibelanjakan kepada 1,595 orang pelajar.
  5. Bagi asnaf yang telah memiliki rumah dan perlukan pembaikian, maka Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman disediakan. Seramai 424 penerima bagi tempoh ini melalui peruntukan berjumlah lebih RM 2,985,000 telah berjaya memulihkan rumah asnaf fakir dan miskin yang uzur dan usang.
  6. Bantuan Persekolahan melibatkan perbelanjaan sejumlah RM 2,475,629 yang telah disalurkan melalui 5,953 ketua isi rumah yang layak.
  7. Sejumlah RM 1,804,887 telah dibelanjakan untuk Bantuan Rawatan Perubatan yang memanfaatkan 1,162 orang penerima sepanjang enam bulan pertama tahun 2022.
  8. Program Pembangunan Ekonomi Asnaf melibatkan peruntukan berjumlah RM 862,000 dan telah memanfaatkan 279 orang usahawan asnaf pada tempoh ini.
  9. Program Kemahiran turut diberikan kepada asnaf yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM 214,270 dengan 20 orang pelatih yang terlibat.
  10. Rawatan Perubatan (Projek Khas) adalah merupakan bantuan bagi menampung perbelanjaan rawatan hemodialisis dan pembelian kanta mata. Sejumlah RM 421,004 telah dibelanjakan untuk program ini.

Sementara, sejumlah RM37,083,942 telah dibelanjakan untuk Asnaf Fisabilillah dan menjadi segmen kedua terbesar dalam program agihan zakat MAIK.

Untuk perkongsian bersama juga, terimaan zakat bagi tahun 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 29 % iaitu RM 117,680,926 berbanding RM 91,016,709 pada tarikh yang sama bagi tahun 2021.

MAIK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, kerana infak andalah dapat menggembirakan insan memerlukan.

Muat turun Laporan Khas Terimaan Dan Perbelanjaan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bagi Januari Hingga Jun 2022 di Portal Rasmi MAIK

https://www.e-maik.my/v2/laporan-terimaan-belanjawan

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini134
Kelmarin4007
Minggu Ini4141
Bulan Ini102458
Jumlah Pengunjung31557780

A- A A+