faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENGURUSAN MASJID DI KELANTAN INSPIRASI UNTUK JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Masjid Ke Masjid Di Kelantan bermula 18 hingga 20 Ogos 2022.

Dalam rangka lawatan selama tiga hari tersebut, pihak JHEAINS telah melawat enam masjid di Kelantan dan mendapat taklimat berhubung pengurusan masjid termasuklah keunikan seni bina masjid di negeri ini.

Secara konklusinya, delegasi rombongan seramai 14 orang yang diketuai YBhg. Datuk Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS itu turut kagum dengan aspek pengurusan dilaksanakan pihak masjid di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ini termasuklah usaha mengimarahkan masjid, pengurusan kewangan dan juga saling kecaknaan pihak masjid bersama masyarakat.

Selain itu, terdapat juga beberapa keunikan seni bina masjid di Kelantan bakal dijadikan contoh untuk pembinaan masjid di negeri Sabah dengan mengambil kira kepelbagaian budaya di sana.

Rombongan pihak JHEAINS turut disertai Al-Fadhil Ustaz Mohamad Sidik bin Awang Adi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam, Al-Fadhil Ustaz Awang Juri bin Ag Tahir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah; Yang Berusaha Encik Awang Asnawi bin Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Bersama beberapa pegawai lain.

Pihak JHEAINS juga memuji pendekatan yang dilaksanakan Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol yang telah dinobatkan sebagai Masjid, Imam dan Siak Terbaik Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 baru-baru ini.

Bagi mereka terdapat banyak perkara yang boleh dicedok dari Kelantan untuk digunapakai untuk pengurusan masjid di Sabah nanti.

Pada hari terakhir lawatan, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK telah mengadakan majlis makan malam di Hotel Perdana bagi meraikan delegasi rombongan.

#MAIK2022

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini623
Kelmarin2801
Minggu Ini11129
Bulan Ini81572
Jumlah Pengunjung27548015

A- A A+