faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BAGINDA SULTAN KELANTAN BERKENAN SEMPURNAKAN IBADAT QURBAN JAMA’IE MAIK TAHUN 2022/1443H

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada Hari Kedua Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M berkenan menyempurnakan Ibadat Qurban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Baginda tiba di padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di Pengkalan Chepa pada jam 10.40 pagi.

Baginda kemudiannya melaksanakan ibadat korban dua ekor lembu yang mana salah satunya lembu baka Charolais dengan berat kira-kira 1 tan.

Hadir sama, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan lsmail Petra, Tengku Bendahara Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yaakob, Menteri Besar Negeri Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Baginda turut meluangkan masa menyaksikan ibadat korban dan berangkat pulang jam 11.25 tengah hari.

Sebanyak 45 ekor lembu dikorban dan daging diagihkan kepada 2,800 fakir miskin di seluruh jajahan Kota Bharu menerusi masjid.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang menjayakan korban yang telah dianjurkan.

#MAIK2022

#Aidiladha

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini244
Kelmarin2955
Minggu Ini13705
Bulan Ini84148
Jumlah Pengunjung27550591

A- A A+