faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM JEJAK ASNAF SIRI (1) TAHUN 2022 DI JAJAHAN MACHANG

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, Program Jejak Asnaf Siri ( 1 ) Tahun 2022 di Jajahan Machang telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Ahad lalu.

Seramai empat keluarga telah terpilih untuk menerima bantuan daripada MAIK pada kali ini.

Program Jejak Asnaf ini merupakan satu inisiatif berkesan bagi pihak MAIK untuk mengesan dan membantu Asnaf memerlukan bantuan terutama dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat penularan wabak COVID-19 yang sudah memasuki tahun ketiga ini.

Empat keluarga yang menerima bantuan Jejak Asnaf siri ( 1 ) tahun 2022 adalah :

1) Zaharah Binti Abdullah

-Kampung Muka Bukit, Machang

2) Haron Bin A.Rahman

-No,20 Pondok Hidayah II Batu 30, Machang

3) Noor Shafarina Binti Mamat

-Kampung Pak Roman, Machang

4) Wan Hasnah Binti Wan Wan Abdullah

-Belakang Masjid Besar Machang

YABrs. Ketua Jajahan Machang, Tuan Haji Nik Hasanuddin Bin Nik Hussain telah menyampaikan bantuan kepada ketua keluarga yang terlibat.

Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai dengan nilaian di antara RM800 hingga RM1500 dan sebuah kotak mengandungi bahan mentah keperluan asas dan sekampit beras 5 kilogram.

Turut serta mengiringi YABrs. Ketua Jajahan Machang adalah Al-fadhil Ustaz Roslee @ Mohamad Bin Ismail, Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Bandar Machang dan kakitangan Masjid Sultan Yahya Petra Bandar Machang.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK.

Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan padanya. Aamiin Ya Rabbalalamin.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada YABrs. Ketua Jajahan Machang dalam menjayakan program Jejak Asnaf pada hari ini.

#ANDAHEROASNAF

#JejakAsnafMAIK

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini396
Kelmarin2955
Minggu Ini13857
Bulan Ini84300
Jumlah Pengunjung27550743

A- A A+