faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN PERSEKOLAHAN : MAIK MEMBELANJAKAN RM212,100.00 UNTUK ANAK-ANAK ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI TUMPAT

Rezeki buat 1,414 anak asnaf fakir dan miskin di jajahan Tumpat yang akan memulakan sesi persekolahan baharu nanti.

Alhamdulillah, pada Isnin lalu mereka menerima sumbangan Bantuan Persekolahan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sumbangan telah diagihkan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat, merangkap Pengerusi Masjid Ismaili Bandar Tumpat menerusi 47 Imam Mukim yang diadakan secara ringkas di Masjid Ismaili Bandar Tumpat.

Bantuan bernilai RM150 melibatkan wang tunai bersama beg serta alat tulis itu akan diserahkan kepada 474 ketua isi rumah yang layak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM212,100.00.

Imam Mukim masing-masing akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada anak mukim mereka mengikut kesesuaian semasa.

Terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah menginfakkan harta mereka menerusi MAIK bagi meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Kelantan.

Terima Kasih Para Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf!

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://wakaftunai.e-maik.my

Bayar Zakat, Harta Berkat!

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini176
Kelmarin3013
Minggu Ini6234
Bulan Ini6234
Jumlah Pengunjung29310851

A- A A+