faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DUTA JERMAN KAGUMI SENI BINA ISLAM DAN MASJID MUHAMMADI DI KOTA BHARU

Duta Besar Jerman ke Malaysia Tuan Yang Terutama, Ambassador Dr. Peter Blomeyer hari ini telah melakukan lawatan ke Masjid Muhammadi Kota Bharu sempena kunjungan hormat beliau ke Kelantan.

Pada lawatan tersebut beliau turut mengagumi seni bina Masjid Muhammadi Kota Bharu yang berusia kira-kira 155 tahun tersebut.

Lawatan beliau turut disertai oleh Al-Fadhil Imam Besar Negeri Kelantan, Tuan Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah.

Masjid Muhammadi atau nama asalnya Masjid Besar Kota Bharu mula didirikan pada tahun 1867.

Masjid ini asalnya ialah sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh, sebelum dipindahkan dari tapak asalnya kerana ancaman banjir yang sering melanda.

Tidak terdapat sumber sahih yang menyatakan tarikh sebenar masjid ini mula dibina, tetapi ianya dipercayai telah wujud semenjak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II yang memerintah Kelantan pada 1837 hingga Oktober 1886.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masjid ini telah dibina lebih awal lagi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I antara tahun 1801 hingga 1837.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini101
Kelmarin3013
Minggu Ini6159
Bulan Ini6159
Jumlah Pengunjung29310776

A- A A+