faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN ZAKAT MAIK BANTU TIGA KELUARGA MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KG KUBANG NIBONG, BACHOK

Pemilik rumah terpaksa berputih mata setelah menyedari kediaman miliknya musnah dalam kebakaran di Kampung Kubang Nibong, Bachok sekitar jam 12.30 tengahari baru-baru ini, yang dikatakan berpunca akibat litar pintas.

Semasa kejadian, pemilik rumah Puan Mariam binti Mohamad, 55 termasuk anak dan cucu masing-masing tiada di rumah.

Berita kebakaran itu hanya disedari setelah menerima panggilan telefon daripada jiran. Segala dokumen penting, kad pengenalan, surat beranak, beg duit dan sebuah motosikal telah hangus.

Kebakaran turut menyebabkan dua buah rumah jiran berdekatan turut terbakar sekitar 10 hingga 30%. Bahagian bumbung bilik, saluran paip, tingkap dan pintu belakang terjejas.

Pemilik rumah kedua Puan Rosmani binti Azlan, 38 berkata, kebakaran itu turut memusnahkan bahagian atap ruangan bilik utama, tingkap dan pintu belakang.

Sementara, pemilik rumah ketiga Encik Tarmizi bin Yaacob, 43 juga terkesan apabila saluran paip dapur dan bilik air rumahnya turut terbakar.

Dugaan dihadapi kesemua mangsa telah mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pihak pengurusan Masjid Mahmoodi Bachok. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun, Imam Tua Masjid Mahmoodi Bachok telah turun padang dengan segera menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM3,500 membabitkan tiga ketua isi rumah.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mampu meringankan beban para mangsa. Insya'ALLAH. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat MAIK. ANDA HERO ASNAF

#ZAKATMAIK

#MAIK2022

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2715
Kelmarin3741
Minggu Ini10182
Bulan Ini83244
Jumlah Pengunjung30906416

A- A A+