faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU TEMENGGONG KELANTAN KURNIA BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK KEPADA PELAJAR ASNAF

Pendidikan antara fokus utama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memanfaatkan harta yang diinfakkan orang ramai dalam membantu golongan asnaf di negeri ini mengubah masa depan mereka.

Bersempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Januari Hingga Jun Tahun 2022 berlangsung pada 25 Ogos 2022, di Hotel Perdana, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK telah berkenaan mengurniakan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK kepada 10 anak asnaf yang terpilih.

Antara jurusan pengajian mereka adalah, Doktor Perubatan Veterinar, Pendidikan Sains, Mikrobiologi, Syariah dan Sains Matematik.

Pada tahun ini, seramai 39 penuntut yang menyambung pengajian di peringkat ijazah dan lima orang diploma layak mendapat Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK setelah lulus ujian serta temuduga.

Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂 sahaja.

  • Diploma

IPTS (Maksimum) - RM22,500 (RM 3,750 per semester)

IPTA (Maksimum) – RM15,000 (RM2,500 per semester)

  • Ijazah

IPTS (Maksimum) – RM38,000 (RM4,500 per semester)

IPTA (Maksimum) -RM28,000 (RM3,500 per semester)

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/

Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.

"Terima kasih Para Pembayar Zakat, Anda Hero Asnaf"

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2166
Kelmarin2801
Minggu Ini12672
Bulan Ini83115
Jumlah Pengunjung27549558

A- A A+