faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

e-PEMBAYAR JULANG MAIK SEBAGAI JOHAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN PERINGKAT KELANTAN

Sistem e-Pembayar yang dibangunkan secara in house oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK ) telah diumumkan sebagai johan Anugerah Inovasi Sektor Awam bagi kategori Pengurusan Kewangan (AIPK) sempena Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2022.

MAIK menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM4,000.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan diiringi Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Hadir sama Yang Berusaha Puan Nik Aziah binti Daud, Akauntan MAIK, Yang Berusaha Puan Marziati binti Yusoff, Pegawai Unit Teknologi Maklumat MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada 18 Oktober 2022 di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu.

Pada majlis sama, Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan turut memuji inovasi dan sistem yang dibangunkan MAIK dalam memudahkan perkhidmatan kepada pengguna.

Sistem e-Pembayar dilancarkan pada 4 April 2021 merupakan sistem yang menggunakan kaedah One Stop Centre (OSC) dan Single Sign-On (SSO).

Buat masa ini, sistem ini mengandungi tiga (3) modul (capaian perkhidmatan) iaitu:-

  • Semakan Penyata Zakat
  • Semakan Penyata Wakaf
  • Permohonan dan Semakan Waad secara atas talian

Sistem mesra pengguna dan boleh diakses di mana sahaja, pada bila-bila masa ini boleh digunakan menerusi link di bawah:

https://epembayar.e-maik.my/

#MAIK2022

#AISAK2022

#e-Pembayar

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2340
Kelmarin2955
Minggu Ini15801
Bulan Ini86244
Jumlah Pengunjung27552687

A- A A+