faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LIMA SEKELUARGA DI TUMPAT LEGA TERIMA WANG ZAKAT DAN MAKANAN MAIK

Lima keluarga terpilih di Tumpat yang buat pertama kalinya menerima sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meluahkan kegembiraan dan kesyukuran apabila mendapat bantuan zakat daripada kami.

Kesemua mereka ini menerima sumbangan wang tunai dan barangan dapur yang disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah telah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Turut bersama pada misi Jejak Asnaf Siri 2 di Tumpat kali in ialah, Al Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman, Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat.

Antara penerima adalah keluarga yang bergantung kepada gaji sebagai pemandu lori, upah buruh binaan malah ada diantara mereka yang tidak bekerja kerana diduga dengan kesihatan.

Sebanyak RM6,600 wang zakat MAIK telah diagihkan yang membabitkan 5 keluarga.

Semoga hasil harta yang diinfakkan kepada MAIK ini dapat meringankan beban keluarga-keluarga memerlukan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat MAIK. Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan padanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Jangan lupa untuk tunaikan zakat bagi mensucikan harta kita.

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2537
Kelmarin2955
Minggu Ini15998
Bulan Ini86441
Jumlah Pengunjung27552884

A- A A+