faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IHTIFAL HUFFAZ 2022

Pada 18 hingga 23 Julai 2022, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) telah menyertai Kejohanan Ihtifal Huffaz kali ke-8 bertempat di Darul Quran JAKIM. Kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan ini turut melibatkan beberapa institusi tahfiz yang mengadakan memorendum persefahaman (MOU) dengan Darul Quran JAKIM. Upacara perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaari, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

Seramai 51 orang pelajar telah mewakili MTQ MAIK bagi menyertai beberapa acara dalam kategori sukan dan ilmiah pada kejohanan ini. Antara acara bagi kategori ilmiah yang disertai oleh para pelajar ialah Hafazan al-Quran, Pidato, Nasyid, Khat dan Tilawah Al-Quran Berqiraat, manakala bagi kategori sukan ialah Bola sepak, Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar, Ping Pong dan Badminton.

Bagi kategori Ilmiah, MTQ MAIK telah mendapat tempat pertama bagi acara Hafazan 1 – 10 Juz’ dan tempat kedua bagi acara Hafazan 1 – 20 Juz’, tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan khat serta tempat ketiga bagi pertandingan pidato Bahasa Arab. Dalam kategori sukan pula, MTQ MAIK telah mendapat tempat kedua bagi acara sepak takraw, badminton dan bola tampar serta tempat ketiga bagi acara bola sepak dan ping pong. Secara keseluruhan, MTQ MAIK telah mendapat tempat kelima bagi kedudukan keseluruhan kontingen yang menyertai kejohanan ini. Sungguhpun mendapat tempat kelima, namun pencapaian ini merupakan satu pencapaian yang agak baik dan memberangsangkan memandangkan bagi sesetengah acara yang melibatkan pelajar perempuan, tiada penyertaan dari MTQ MAIK berbanding institusi tahfiz negeri lain yang menyertai acara-acara tersebut.

Diharap kontinjen MTQ MAIK akan terus menempa kejayaan pada kejohanan akan datang dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang disertai. Majlis penutup Ihtifal Huffaz kali ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajjah Hakimah Binti Mohd Yussof.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini631
Kelmarin2801
Minggu Ini11137
Bulan Ini81580
Jumlah Pengunjung27548023

A- A A+