faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM KALI KE-30

Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-30 pada 23 Julai 2022 bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan 30 juz Al-Quran dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran JAKIM.

Darul Quran kali ini berjaya melahirkan seramai 659 orang graduan huffaz dengan dikeluarkan beberapa kategori pengiktirafan iaitu, Sijil Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah Kepujian USIM - DQ, Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat, Sijil Tamat Pengajian Diploma Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid dan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM bersama IIUM, OuC, UTem, MSU, PSAS, PSA.

Beberapa anugerah telah diberikan kepada graduan dan Institusi seperti Anugerah Khas, Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran, Anugerah di Jabatan Perdana Menteri Dan Anugerah Perdana Menteri, Anugerah Kecemerlangan Institusi (Pengurusan), Anugerah Kecemerlangan Institusi (Pencapaian Akademik), Anugerah Kecemerlangan Institusi (Berdaya Saing) Dan Anugerah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Berkolaborasi Terbaik. Konvokesyen kali ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Ahli Lembaga Darul Quran, PengetuaPengetua Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM (LTDQ), Orang-Orang Besar Hulu Selangor, Ibubapa dan tetamu lain lagi.

Seramai 31 orang pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK kali ini menerima Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat daripada YB Menteri. Seterusnya para pelajar akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah samada dalam negeri atau luar negara. Istiadat KONVOKESYEN Darul Quran Ke-30 diakhiri dengan pengisytihran penutupan oleh Pengarah Darul Quran JAKIM.

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini454
Kelmarin2801
Minggu Ini10960
Bulan Ini81403
Jumlah Pengunjung27547846

A- A A+